Bila tengok budak² dah start KEMBALI KE SEKOLAH ni, teringat pulak kenangan² masa kat sekolah dulu. Banyak sekolah yang aku telah menimba ilmu; 3 sekolah rendah dan 1 sekolah menengah. Sekolah rendah banyak tu sbb aku pindah rumah, so automatic pindah sekolah lah. so skrg ni aku nak cite ttg sekolah yang penah aku blaja dulu.
1. Sekolah Kebangsaan Othman Talib (1) (1992 - 1995)
aku sekolah kat SKOT 1 nie start dari darjah 1 sampai darjah 4. Sekolah nie terletak kat Tendong, Pasir Mas Kelantan. Kawan² kat sekolah ni kebanyakkannye dari sekolah tadika dulu dan kawan² sekampung. actually tak byk sgt kenangan kat sekolah ni. Kawan² yang baik ngan aku masa kat sini dulu ialah Siti Safarah, Noraihan, Ninie Norafida, Sya, Zakiri, Firdaus and Iswadi. tue yang aku ingatla.. Yang lain aku tak ingat sgt. Tapi belum tentu dorang nie sume ingat aku kan? Adalah jgk yang ingat tapi tak semua.hehe. Cerita dulu² la katakan. Cikgu yang aku ingat pon sorang jer, cikgu Math. Cikgu Nik Noraini, if im not mistaken la.huhu kalau tak salah, dia mengajar aku masa darjah 4. Time tu 4 Hijau (dulu sekolah tu pakai nama color utk kelas tapi skrg ni aku rasa dah tukar). cikgu Nik Noraini nie akan masuk kelas dan memulakan kelas dia ngan CONGAK. sifir la tue okay. kena jawab 10 soalan (rasanye la) secara congak. Kejap je dia bagi soalan n of course kena jawab ngan cepat. Lepas tue tukar ngan kawan sebelah utk tanda. Kat sekolah nie selalu la jugak dapat hadiah sbb cemerlang dalam peperiksaan..wahh skemanye ayat + membangga diri..wakaka.. takpela kan, sekali sekala. Pengakhiran aku kat sekolah tak berapa bagus, sbb gagal naik pentas utk hadiah akhir tahun..uwaaaa..ni semua disebabkan rindu kat parents aku yg dah ade kat selangor (Alasan je sebenarnya..hoho!~). Akhir tahun 1995, aku berpindah ke Negeri Selangor Darul Ehsan. WELCOME TO SELANGOR~
2. Sekolah Kebangsaan Batu Belah (Jan 1996 - Jul 1996)

Inilah sekolah pertama aku di bumi Selangor ni. aku ditempatkan di kelas 5 Cempaka (kelas kat sekolah nie nama bunga..hehe). Sekolah ni kat Klang. Kejap je aku blaja kat sini, lebih kurang 7 bulan. Bulan 7 aku pindah sekolah sbb berpindah umah. Kat sini lagi la tak banyak kenangan. Cuma sempat merasai kemeriahan sukan sekolah je. yang aku ingat, aku rumah merah n masuk acara lari berganti². dan yang PENTING, aku jatuh masa nak pass baton kat kawan aku.hahahaha.. kalau pasal cikgu yang aku ingat kat sini, sorang jela. Cikgu Zainuddin. Ntah btl ntah tak aku eja nama beliau nie.huhuhu Beliau ni Cikgu Math. Kenapalah cikgu math je yang aku ingat?? maybe sebab aku takot ngan subjek nie dulu. Maklumla aku nie kurang berminat ngan Number dan kira mengira nie kecuali DUIT..huhuhu.. berbalik pada cikgu Zainuddin nie, beliau suka panggil student utk baca sifir kat depan kelas. dah pulak tue, cara bacaan sifir kat ssekolah nie pelik sikit la drpd sekolah lama aku dulu. Kalau kat sekolah lama, baca sifir cam biasa je la.Start dr atas. cam contoh :-
"satu darab dua, dua
dua darab dua, empat
tiga darab dua, enam
sampai la dua belas darab dua belas, seratus empat puluh empat"
tapi berbeza kat SKBB nie, cara bacaan dia start dari bawah. Dah pulak tu, ade ulangan. camni:-
"dua belas dua belas, seratus empat puluh empat
seratus empat puluh empat, dua belas dua belas
sebelas dua belas, seratus tiga puluh dua
seratus tiga puluh dua, dua belas sebelas
sampai la
satu dua, dua
dua, dua satu"
Sape yang penah dapat cikgu ni n penah sekolah kat cni tahu la kot camne bacaannye. Takot weh bila kena turn aku sebab aku tak penah baca sifir terbalik macam ni. walaupon dah hafal sifir, ia boleh menyebabkan confuse terjadi.hehehe.. Kawan yang aku ingat kat cni 2 org je; Rozana dan Farhana. Ape yang aku suka kat sekolah ni adalah kantin dia. Aku suka makanan kat sekolah nie.. Well, aku kan suka makan..Tak sampai 7 bulan kat sini, aku pindah. Sekolah mana pulak??Jom ikot aku.. ^_^
3. Sekolah Kebangsaan (2) Tengku Bendahara Azman (Jul 1996 - 1997)

Pindah sekolah lagi... (kesat² peluh di dahi).. Tapi ni sekolah rendah terakhir aku dan yang paling best bagi aku. Sebab ape best?? Nnt la, aku nak cite la nie..hehe. Aku masuk sekolah ni masa aku darjah 5. aku ditempatkan di kelas 5 Kasturi (sekolah nie pulak nama kelas sempena nama pahlawan 5 bersaudara..haha). Masa ni sekolah ni sessi pagi. Sekolah ni unik sikitla bagi aku pada waktu tu sbb setiap tahun, bergilir² sessi pagi n ptg ngan sekolah TBA1. kalau tahun nie sekolah aku pg, thn depan petang la pulak. Selang seli..Unik kan??huhu. Mula² masuk sekolah ni agak boring la sikit sbb tak kenal sape². Biasalah kan budak baru, kawan pon takde lagi. Nak kena sesuaikan diri lagi ngan suasana baru dan kawan² baru. tapi lama² okay je. Takde masalah pon. Dorang sgt friendly. The best part masa kat sekolah ni, aku tak bawak duit belanja pon pegi sekolah. Disebabkan rumah aku sangat dekat ngan sekolah, my mom akan masak n bawa bekal tiap2 ari time rehat utk aku n adik² aku. kadang² kawan² aku pon tumpang sekaki. Situasi nie berterusan sampai aku abis sekolah kat sini. Masa darjah 6, aku kat kelas 6 Tuah n time tu aku ialah seorang pengawas yang berkaliber.wahahaha puji diri sendiri lagi okay!~ ada 8 or 10 org jer perempuan kat dalam kelas aku nie, yang lain tue lelaki dalam 30 org kot. so blh bayangkan tak macam mana riuh rendah kelas aku ni. dahla pulak ade sorang budak nakal kat dalam kelas ni, Azlan nama dia. Panggil dia Alan atau Lan. Aktif bersukan. Aktif kacau org. (cikgu pon kena kacau)hehehe.. Cikgu kesayangan time ni, cikgu Rusli.camtue kot eja nama dia.haha lupe...dia pon cikgu math jugak..Oh ye! beliau juga ialah cikgu pengawas. kat sini aku kenal ngan best friend aku skrg ni iaitu Zai. Zai nie kelas sebelah 6 Jebat. Tahun 1997 berakhir ngan kenangan manis iaitu cemerlang dalam UPSR dan tamatla aktiviti suka ria di TBA 2. The next year, thn 1998 aku start belajar kat sekolah menengah. Aku ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina.
Huihhh!~panjang pulak entry aku kali nie ( kesat peluh kat dahi lagi).. Pasal cite kat sekolah menengah tue aku cite kat entry lain la pulak. Tak larat nak taip 5 tahun punye cerita.. Kat sekolah tue aku kenal ngan 2 org lagi yang dah jadi kawan baik aku sampai skrg. So tgu jela cerita camne aku kenal dorang tue yer...TATA!~~~
IZzat, im waiting for next entry! really missed the good old days..RZ in memories! jangan lupe masukkan bus uncle! ;)
ReplyDelete