Saturday, June 6, 2009

Jubah buat ibu

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
"Sakit bu...sakit....maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.
" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" " Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya...' bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. "waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. "Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. "Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada" jawab Along pendek "Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku...atau...." Along menggeleng-gelengkan kepala. "semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. "Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya....saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. " Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah." "Zam..kau ni....." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" "Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. "Ha..hadiah....untuk....ibu........." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan ... dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila..." cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

p/s : sayangilah ibu anda sementara beliau masih ada...

Friday, June 5, 2009

hmmm

ermmm...ape kena ngan aku nih??
perasaan n pikiran aku cam serabut jer...
adesss...tatau aper yg aku tgh pk...
macam2 benda yg ader dalam kepala otak nih...
abang..help me!!!i need u rite now...

Monday, January 19, 2009

Sampai Syurga

Sampai Syurga by Faizal Tahir

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Saturday, January 17, 2009

Bila Rasaku Ini Rasamu

sedey jer bila dgr lagu nie..

tapi walau aper pon..skrg nie aku happy...

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku

Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti

Reff:

Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga

Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi

Wednesday, January 7, 2009

cite utk ari nih!

hmmm...
cite utk ari nih (7/1/09/...
pagi2 lagi dlm kol 9 aku dah kuar ngan ayah,mak n angah...aku g setel bil kat post office..kejap jer g setel bil kat situ..pastu dok tgu ayah aku amik..lama betul tgu ayah aku..boleh lak dia borak ngan kawan dia kat opis tuh..hahahaha..aku dah agak dah..sambil2 tgu tuh,aku baca novel yg aku beli ari tuh...tajuk dia "A Prisoner of Birth" by Jeffrey Archer...besh tau cite dia..makin lama makin besh..ader ckit jer lagi nak abis...pastu harusla aku carik novel yg si Jeffrey tulis kan..hahahaha..tapi bila dah abis cite..aku kena tunaikan janji kat kanda aku..dia nak aku cite kat dia pasal cerita tuh.hehehe..bila dah abis setel sume benda pagi tuh..aku balik umah sambung balik baca novel sambey2 msg ngan kanda aku.then aku msg besh fren aku dilla.tanye dia kompem ker nak kuar ptg nnt.tup2 aku leh tertido.ngantok sgt..kanda aku call pon ntah aper2 yg aku cakap..tak sedar pon.hehehehe..tup2 aku terjaga dah kol 3.aku tgk hp ader 3 msg 1 misscalled.bila baca msg tu,aku terkejut..si dilla anta msg suh aku siap.dia dah nak abis kelas.aku punyela kelam kabut g mandi..hahahaha...leh lak tido tak ingat dunia sampai lupe nak kuar ngan dilla.hahahahaha..

aku pakai jeans n baju color grey masa kuar ngan dilla.kitorg g makan kenny rogers kat Plaza Alam Sentral(PAS).biasala masa makan2 tuh macam2 benda kitorg borak.camla dah lama tak jumpe.sedangkan tiap2 ari dok borak kat chatroom.hahaha..pas makan kitorg g SACC mall..shopping..hahahaha...misi utk ari nih aderla utk mencari sebuah beg.tapi sampai2 jer kat SACC mall tue..kitorg g GIORDANO..beli baju..kitorg beli baju yg sama..exactly the same..hahahaha...ntah aper pe'el laa...beli bj yg sama.pastu g cari beg.aku jerla yg beli beg.sambil2 tuh aku n dilla usha2 earing.beli pulak earing..aku nak carik necklace tapi tak berkenan lak kat kedai BONITA tuh.si dilla beli bracelet n earing.kuar je dari kedai tuh, kitorg g MPH lak.usha2 komik n novel..nak carik novel si jeffrey tu..tapi tak jumpe lak..tapi kan,aku ader nak beli satu novel tuh..tajuk dia "P/S I Love You"..bukan Jeffrey nye novel tapi Cecillia nye novel.hahahaha tgu la next time aku beli..aku mmg "gila" baca novel.tak kisah la Malay or English.dah kuar dr MPH tu,kitorg pusing2 lagi sebelom balik.pastu leh lak pegi kat satu kedai nie..last kedai yg kitorg pegi.aku n dilla beli necklace...EXACTLY THE SAME.hahaha sampaikan org yg jual necklace tu ingat aku n dilla kawan dari kecik..bila kitorg cite camne kitorg kenal,dia terkejut.dia tak sangka aku n dilla leh rapat sampai camtuh skali sedangkan kitorg kenal kat chatroom jer.dia cakap dia tak penah jumpe lagi kawan yg cam kitorg nie..huhuhu aper pon kami tetap KAWAN BAIK..lebiu la beb..hhahaha

tue jer la barang2 yg aku shopping utk ari nih...tapi tu baru ckit jer.huhuhuhu ingat nak beli kasut tapi tak de size lak..keciwa aku..wahhahaha...takpela,next time aku akan beli.ekekeke..kanda aku cakap "kuatnye shopping"..hahahaha kol 7 aku dah sampai umah dah..pehhh penat lak rasanye.balik mandi n dok relax2..dah sedap2 dok relax,umi ajak aku kuar g sekolah dia lak..dia tertinggal barang..hadoiii..penatnye.tapi takpela,aku teman jer umi aku tuh.umi nye pasal,no hal nye la..balik dr sekolah umi,aku singgah atm jap.masa nak lintas jalan tuh,aku hampir2 dilanggar kete.huh....masa nak lintas jalan tu,aku dah kompem dah takde kete.bila nak lintas jer tup2 ader kete laju datang kat aku.sib baik aku perasan.tuan kete tu takde hon pon.ntah2 dia tak nampak aku.takkan aku tak nampak kete masa aku nak lintas tuh..salah tgk kot...sib baiklaaa tak kena langgar.kalau tak skrg nie ntah aku hidup ntah tak.kalau hidup pon,kompem ada kat atas katil hospital.balik jer dr amik duit tuh,aku g PAS lak,amik adik aku dr tmpt keje dia.pastu terus balik umah..balik jer aku terus makan..lapar laa...dan skrg aku dok menaip blog nih...hahahahahaha

tue jer la cite aku utk ari nie...dah masuk ari baru ponn...hahahaha...anyway...besh sgt ari nih walaupon sedikit penat..skrg hanye tgu call dari kanda aku jer..hahaha besh2

Saturday, January 3, 2009

Sesuatu yg anda x perasan @ terfikir...

Sesuatu yg anda x perasan @ terfikir...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3 . Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11 . Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

cite beshhhh

bace la..menarik untuk dibuat pengajaran....:-)
===================================
"elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.


"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.


"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"


"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.


Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya,Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.


Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu.


Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.


"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa... . jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.


"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.


"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa... ." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan... . di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan... .. BANG!!.


"Julia... .bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda... .mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.


"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.


PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?


"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la,tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar... ... . dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "


Moral cerita: Solatlah asar terlebih dahulu sebelum dipelempang oleh ibu anda.

la la la la~~

haha mari cek .. korang nye cam ne.. betul ke seperti yang di katakan tu

Aquarius
Sesuai dengan lambangnya, air, warga Aquarius ternyata memiliki ciuman yang basah dan agak serabutan. Selain itu, pada saat ciuman berlangsung mereka umumnya cenderung membuka mata lebar-lebar.

Pisces
Orang-orang dengan bintang berlambang ikan ini memiliki gaya berciuman pandangan mata tajam, penuh nafsu dan ghairah, serta wow... berlangsung cukup lama! Bagaimana, apakah gaya berciuman Anda ternyata sesuai dengan bintang anda

Capricorn
Ciuman-ciuman yang didaratkan oleh orang-orang berbintang Capricorn khabarnya sangat sangat romantis. Bahkan saking romantisnya, ciuman ala mereka kerap menjadi ubat pembunuh stress!

Aries
Orang-orang Aries ternyata memiliki gaya berciuman yang cepat dan penuh dengan nafsu. Tapi sayangnya ciuman dahsyat tersebut biasanya cepat pula selesainya.

Taurus
Berbeza dengan mereka yang berada di bawah naungan Taurus, dimana ciuman mereka umumnya berlangsung sangat perlahan, tidak tergesa-gesa, tenang,penuh kemesraan dan berlangsung terus... terus... dan terus.

Gemini
Orang-orang Gemini konon mempunyai peribadi yang hangat dan ceria. Tidak heran jika gaya berciuman mereka kekadang diselingi oleh senyuman bahkan juga tawa lebar. Asyiknya, sifat warga Gemini yang terkenal gemar melakukan sesuatu yang baru itu pun dilakukannya dalam melakukan ciuman. Jadi banyak kejutannya!

Cancer
Warga Cancer memang terkenal dengan sikapnya yang hati-hati, agak tertutup dan cenderung ingin selalu dilindungi. Tak heran jika dalam urusan berciuman mereka lebih suka melakukannya dengan lembut, hangat, dan seperti tidak mau lepas saja!

Leo
Orang-orang Leo yang terkenal keras dan tegas ternyata memiliki gaya berciuman yang liar, tanpa malu-malu, bahkan tidak segan-segan untuk menggigit dan mencakar! Pun warga bintang berlambang singa ini ternyata sangat senang jika mendapat pujian dari pasangannya, utamanya pujian atas ghairahnya yang luar biasa.

Virgo
Warga Virgo memiliki gaya berciuman yang halus, lembut, rapi,sampai sang pasangan pun bakal terkesima dibuatnya.

Libra
Gaya berciuman warga Libra konon kurang hangat! Kenapa? Kerana mereka pada umumnya terlalu khuatir dengan urusan di luar hasrat mereka. Belum lagi,mereka gemar menghela nafas di tengah-tengah ciuman.

Scorpio
Percaya atau tidak, orang-orang di bawah naungan Scorpio rupanya tidak terlalu suka dengan ciuman. Kerananya, jangan kaget apabila dalam sebuah hubungan intim mereka kerap melewatkan aktiviti yang satu itu dan lebih suka langsung menuju sasaran.

Sagitarius
Hmmm... berbahagialah Anda yang berbintang Sagitarius atau pun yang memiliki pasangan dengan bintang ini. Pasalnya, mereka yang berbintang dengan lambang busur panah ini memiliki gaya berciuman yang mengejutkan, spontan,dan... mengghairahkan. Tak heran jika konon banyak orang yang menanti-nanti

How to say Wo Ai Ni (I Love You) in 100 Languages !!!

  1. English - I love you
  2. Afrikaans - Ek het jou lief
  3. Albanian - Te dua
  4. Arabic - Ana behibak (to male)
  5. Arabic - Ana behibek (to female)
  6. Armenian - Yes kez sirumen
  7. Bambara - M'bi fe
  8. Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
  9. Belarusian - Ya tabe kahayu
  10. Bisaya - Nahigugma ako kanimo
  11. Bulgarian - Obicham te
  12. Cambodian - Soro lahn nhee ah
  13. Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
  14. Catalan - T'estimo
  15. Cheyenne - Ne mohotatse
  16. Chichewa - Ndimakukonda
  17. Corsican - Ti tengu caru (to male)
  18. Creol - Mi aime jou
  19. Croatian - Volim te
  20. Czech - Miluji te
  21. Danish - Jeg Elsker Dig
  22. Dutch - Ik hou van jou
  23. Esperanto - Mi amas vin
  24. Estonian - Ma armastan sind
  25. Ethiopian - Afgreki'
  26. Faroese - Eg elski teg
  27. Farsi - Doset daram
  28. Filipino - Mahal kita
  29. Finnish - Mina rakastan sinua
  30. French - Je t'aime, Je t'adore
  31. Gaelic - Ta gra agam ort
  32. Georgian - Mikvarhar
  33. German - Ich liebe dich
  34. Greek - S'agapo
  35. Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
  36. Hiligaynon - Palangga ko ikaw
  37. Hawaiian - Aloha wau ia oi
  38. Hebrew - Ani ohev otah (to female)
  39. Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
  40. Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
  41. Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
  42. Hmong - Kuv hlub koj
  43. Hopi - Nu' umi unangwa'ta
  44. Hungarian - Szeretlek
  45. Icelandic - Eg elska tig
  46. Ilonggo - Palangga ko ikaw
  47. Indonesian - Saya cinta padamu
  48. Inuit - Negligevapse
  49. Irish - Taim i' ngra leat
  50. Italian - Ti amo
  51. Japanese - Aishiteru
  52. Kannada - Naanu ninna preetisuttene
  53. Kapampangan - Kaluguran daka
  54. Kiswahili - Nakupenda
  55. Konkani - Tu magel moga cho
  56. Korean - Sarang Heyo
  57. Latin - Te amo
  58. Latvian - Es tevi miilu
  59. Lebanese - Bahibak
  60. Lithuanian - Tave myliu
  61. Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
  62. Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
  63. Mandarin Chinese - Wo ai ni
  64. Marathi - Me tula prem karto
  65. Mohawk - Kanbhik
  66. Moroccan - Ana moajaba bik
  67. Nahuatl - Ni mits neki
  68. Navaho - Ayor anosh'ni
  69. Norwegian - Jeg Elsker Deg
  70. Pandacan - Syota na kita!!
  71. Pangasinan - Inaru Taka
  72. Papiamento - Mi ta stimabo
  73. Persian - Doo-set daaram
  74. Pig Latin - Iay ovlay ouyay
  75. Polish - Kocham Ciebie
  76. Portuguese - Eu te amo
  77. Romanian - Te ubesk
  78. Russian - Ya tebya liubliu
  79. Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
  80. Serbian - Volim te
  81. Setswana - Ke a go rata
  82. Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
  83. Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
  84. Sioux - Techihhila
  85. Slovak - Lu`bim ta
  86. Slovenian - Ljubim te
  87. Spanish - Te quiero / Te amo
  88. Swahili - Ninapenda wewe
  89. Swedish - Jag alskar dig
  90. Swiss-German - Ich lieb Di
  91. Tagalog - Mahal kita
  92. Taiwanese - Wa ga ei li
  93. Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
  94. Tamil - Nan unnai kathalikaraen
  95. Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
  96. Thai - Chan rak khun (to male)
  97. Thai - Phom rak khun (to female)
  98. Turkish - Seni Seviyorum
  99. Ukrainian - Ya tebe kahayu
  100. Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
  101. Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
  102. Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
  103. Welsh - 'Rwy'n dy garu
  104. Yiddish - Ikh hob dikh
  105. Yoruba - Mo ni fe

Mari Menjawa Soalan..hahaha :)

Yourself
[01] Real name: its too long.takpela.malas
[02] Nickname: lia
[03] Status: In a relationship..hahahaha
[04] Zodiac Sign: Virgo
[05] Gender: of course female
[06] Age: 24 on 16th september 2009
[09] Height: dunno
[10] Weight: 47 kg..gemok nye aku!!
[11] Do you like yourself: yes!Absolutely
[13] Right or left: right
[14] Are you a freak : no!
[15] Hair: short & straight
[16] Skin: color aper ek.haha!
[17] Allergic: seafood
[18] What are you doing now: answering this questionnaire?
[19] What will you doing 1 hour later: borak ngan kanda kot

About ur FAMILY
[21] Live with mother/father/parents/family: with my family of course.
[22] Siblings(included you): 5
[23] Eldest:i am the eldest
[24] Youngest: brother
[25] Love/hate your family: LOVE

About ~ LOVE
[26] You found your another half: yup
[27] If yes, who is he/she: hahahahaha....his name start with letter N
[28]Who you want he/she to be: be mine forever.hahahaha
[29] Time(s) you in relationship: till the end of time..can ar?
[30] Ever woo boy/girl:next!
[31] Anyone woo you before:next!
[32] Did anything wrong to your other half: NO
[33] What was/were the wrong you had done:takde kot
[34] Ever argue with your other half: nope
[35] You with your other half since:biar aku n dia tahu.waahahaha
[29] Time(s) you in relationship: apsal soklan neh kuar 2 kali?
[30] Are you straight/lesbo: straight of course
[31] Reasons you love your other half:hanya tuhan jer yg tahu..hahaha
[32] You and your other half in which stage:??
[33] You woo he/she or he/she woo you:next!
[34] Ever think of marry he/she:YES!

THE FRIENDS
[35] Your first best friend: AYU...forever n ever
[36] Your first enemy: maya. until now..hahaha
[37] The friends you love the most: bell(dilla), ayu, rurry n zai
[38] The enemy you hate the most(1only): malas dah nak pk..
[39] Your most beautiful girl friend: Ayu
[40] Your most handsome boy friend: Fendi..kenangan jer sume tuh
[41] The kind of girl you hate the most: perempuan tidak perempuan
[42] The kind of boy you hate the most: lelaki tidak lelaki
[43] You fall in love with your close friend before: nope
[44] Your best friend is your ex-lover: nope.
[45] If your friend backstabbing you: sedih.
[46] If your friend betray you: sedih.
[47] If your friend woo your lover: sedih.
[48] If your friends fall in love with you: its complicated.
[49] If you fall in love with your best friend: its complicated.

THE PEOPLE
[60] Smart people: smart attire
[61] Stupid people: nude.
[62] Good looking people: confident.
[63] Ugly people: serabut.
[64] Funny people: the one that makes u laugh.
[65] Cute people: ceria.
[66] Bad people: pembunuh, perogol n senang cite sume yg ader kat penjara tuh
[67] Honest people: tak reti menipu.
[68] Acting people: berpura2?
[69] You are what kind of people: sensitive people.
[70]Person who tagged you: ader ker?

THE FUTURE
[78] Age to get marry: 25 maybe
[79] Numbers of kid(s): max 3...boleh x kanda?
[80] Career: career woman.hahaha
[81] Salary: mau byk.hahaha
[82] Retirement age: lame lagi....nanti pikir
[84] Wishes: berjaya dalam idup n live happily.