Saturday, January 8, 2011

Sekolah!~


Bila tengok budak² dah start KEMBALI KE SEKOLAH ni, teringat pulak kenangan² masa kat sekolah dulu. Banyak sekolah yang aku telah menimba ilmu; 3 sekolah rendah dan 1 sekolah menengah. Sekolah rendah banyak tu sbb aku pindah rumah, so automatic pindah sekolah lah. so skrg ni aku nak cite ttg sekolah yang penah aku blaja dulu.

1. Sekolah Kebangsaan Othman Talib (1) (1992 - 1995)

aku sekolah kat SKOT 1 nie start dari darjah 1 sampai darjah 4. Sekolah nie terletak kat Tendong, Pasir Mas Kelantan. Kawan² kat sekolah ni kebanyakkannye dari sekolah tadika dulu dan kawan² sekampung. actually tak byk sgt kenangan kat sekolah ni. Kawan² yang baik ngan aku masa kat sini dulu ialah Siti Safarah, Noraihan, Ninie Norafida, Sya, Zakiri, Firdaus and Iswadi. tue yang aku ingatla.. Yang lain aku tak ingat sgt. Tapi belum tentu dorang nie sume ingat aku kan? Adalah jgk yang ingat tapi tak semua.hehe. Cerita dulu² la katakan. Cikgu yang aku ingat pon sorang jer, cikgu Math. Cikgu Nik Noraini, if im not mistaken la.huhu kalau tak salah, dia mengajar aku masa darjah 4. Time tu 4 Hijau (dulu sekolah tu pakai nama color utk kelas tapi skrg ni aku rasa dah tukar). cikgu Nik Noraini nie akan masuk kelas dan memulakan kelas dia ngan CONGAK. sifir la tue okay. kena jawab 10 soalan (rasanye la) secara congak. Kejap je dia bagi soalan n of course kena jawab ngan cepat. Lepas tue tukar ngan kawan sebelah utk tanda. Kat sekolah nie selalu la jugak dapat hadiah sbb cemerlang dalam peperiksaan..wahh skemanye ayat + membangga diri..wakaka.. takpela kan, sekali sekala. Pengakhiran aku kat sekolah tak berapa bagus, sbb gagal naik pentas utk hadiah akhir tahun..uwaaaa..ni semua disebabkan rindu kat parents aku yg dah ade kat selangor (Alasan je sebenarnya..hoho!~). Akhir tahun 1995, aku berpindah ke Negeri Selangor Darul Ehsan. WELCOME TO SELANGOR~


2. Sekolah Kebangsaan Batu Belah (Jan 1996 - Jul 1996)


Inilah sekolah pertama aku di bumi Selangor ni. aku ditempatkan di kelas 5 Cempaka (kelas kat sekolah nie nama bunga..hehe). Sekolah ni kat Klang. Kejap je aku blaja kat sini, lebih kurang 7 bulan. Bulan 7 aku pindah sekolah sbb berpindah umah. Kat sini lagi la tak banyak kenangan. Cuma sempat merasai kemeriahan sukan sekolah je. yang aku ingat, aku rumah merah n masuk acara lari berganti². dan yang PENTING, aku jatuh masa nak pass baton kat kawan aku.hahahaha.. kalau pasal cikgu yang aku ingat kat sini, sorang jela. Cikgu Zainuddin. Ntah btl ntah tak aku eja nama beliau nie.huhuhu Beliau ni Cikgu Math. Kenapalah cikgu math je yang aku ingat?? maybe sebab aku takot ngan subjek nie dulu. Maklumla aku nie kurang berminat ngan Number dan kira mengira nie kecuali DUIT..huhuhu.. berbalik pada cikgu Zainuddin nie, beliau suka panggil student utk baca sifir kat depan kelas. dah pulak tue, cara bacaan sifir kat ssekolah nie pelik sikit la drpd sekolah lama aku dulu. Kalau kat sekolah lama, baca sifir cam biasa je la.Start dr atas. cam contoh :-

"satu darab dua, dua
dua darab dua, empat
tiga darab dua, enam
sampai la dua belas darab dua belas, seratus empat puluh empat"

tapi berbeza kat SKBB nie, cara bacaan dia start dari bawah. Dah pulak tu, ade ulangan. camni:-

"dua belas dua belas, seratus empat puluh empat
seratus empat puluh empat, dua belas dua belas
sebelas dua belas, seratus tiga puluh dua
seratus tiga puluh dua, dua belas sebelas
sampai la
satu dua, dua
dua, dua satu"

Sape yang penah dapat cikgu ni n penah sekolah kat cni tahu la kot camne bacaannye. Takot weh bila kena turn aku sebab aku tak penah baca sifir terbalik macam ni. walaupon dah hafal sifir, ia boleh menyebabkan confuse terjadi.hehehe.. Kawan yang aku ingat kat cni 2 org je; Rozana dan Farhana. Ape yang aku suka kat sekolah ni adalah kantin dia. Aku suka makanan kat sekolah nie.. Well, aku kan suka makan..Tak sampai 7 bulan kat sini, aku pindah. Sekolah mana pulak??Jom ikot aku.. ^_^


3. Sekolah Kebangsaan (2) Tengku Bendahara Azman (Jul 1996 - 1997)


Pindah sekolah lagi... (kesat² peluh di dahi).. Tapi ni sekolah rendah terakhir aku dan yang paling best bagi aku. Sebab ape best?? Nnt la, aku nak cite la nie..hehe. Aku masuk sekolah ni masa aku darjah 5. aku ditempatkan di kelas 5 Kasturi (sekolah nie pulak nama kelas sempena nama pahlawan 5 bersaudara..haha). Masa ni sekolah ni sessi pagi. Sekolah ni unik sikitla bagi aku pada waktu tu sbb setiap tahun, bergilir² sessi pagi n ptg ngan sekolah TBA1. kalau tahun nie sekolah aku pg, thn depan petang la pulak. Selang seli..Unik kan??huhu. Mula² masuk sekolah ni agak boring la sikit sbb tak kenal sape². Biasalah kan budak baru, kawan pon takde lagi. Nak kena sesuaikan diri lagi ngan suasana baru dan kawan² baru. tapi lama² okay je. Takde masalah pon. Dorang sgt friendly. The best part masa kat sekolah ni, aku tak bawak duit belanja pon pegi sekolah. Disebabkan rumah aku sangat dekat ngan sekolah, my mom akan masak n bawa bekal tiap2 ari time rehat utk aku n adik² aku. kadang² kawan² aku pon tumpang sekaki. Situasi nie berterusan sampai aku abis sekolah kat sini. Masa darjah 6, aku kat kelas 6 Tuah n time tu aku ialah seorang pengawas yang berkaliber.wahahaha puji diri sendiri lagi okay!~ ada 8 or 10 org jer perempuan kat dalam kelas aku nie, yang lain tue lelaki dalam 30 org kot. so blh bayangkan tak macam mana riuh rendah kelas aku ni. dahla pulak ade sorang budak nakal kat dalam kelas ni, Azlan nama dia. Panggil dia Alan atau Lan. Aktif bersukan. Aktif kacau org. (cikgu pon kena kacau)hehehe.. Cikgu kesayangan time ni, cikgu Rusli.camtue kot eja nama dia.haha lupe...dia pon cikgu math jugak..Oh ye! beliau juga ialah cikgu pengawas. kat sini aku kenal ngan best friend aku skrg ni iaitu Zai. Zai nie kelas sebelah 6 Jebat. Tahun 1997 berakhir ngan kenangan manis iaitu cemerlang dalam UPSR dan tamatla aktiviti suka ria di TBA 2. The next year, thn 1998 aku start belajar kat sekolah menengah. Aku ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina.

Huihhh!~panjang pulak entry aku kali nie ( kesat peluh kat dahi lagi).. Pasal cite kat sekolah menengah tue aku cite kat entry lain la pulak. Tak larat nak taip 5 tahun punye cerita.. Kat sekolah tue aku kenal ngan 2 org lagi yang dah jadi kawan baik aku sampai skrg. So tgu jela cerita camne aku kenal dorang tue yer...TATA!~~~


Wednesday, January 5, 2011

FeVeR??



sekarang nie aku rasa rakyat Malaysia dilanda demam korea..hahaha aku rasa camtu la..radio yg aku dgr (selain english punye radio) byk memainkan lagu2 korea. dan aku dapati (ayat skema siott) dah mula konsert2 korea...kawan aku pon sanggup pegi konsert tue semata2 nak tgk artis kesayangan dia menyanyi live..bak kata dia "cam tak caya je aku tgk dia nyanyi" hahaha..

tapi maybe aku nie ketinggalan zaman kot. aku tak berapa layan sgt lagu2 korea ni except movies. aku suka layan movie or drama korea n japan. antaranye adalah:

Gokusen

Hana Yori Dango

Full House

My Girl

Winter Sonata

kalau korang ade lagi cite2 korea or japan yg best2, bgtau la kat aku..leh la aku download n tgk puas2..hehehehe

*SGT SERONOK*

Friday, December 31, 2010

CUTI... ^_^

31/12/2010..hari nie cuti umum yang telah diumumkan oleh PM kita, Dato' Seri Najib sempena kemenangan skuad bola sepak Malaysia merangkul Piala Suzuki AFF..aku rasa bukan shj aku yg happy dapat cuti, semua pon happy kan bila dapat cuti mcm nie?? (jgn tipu okay! hahaha)..

memandangkan hari ni hari last utk tahun 2010, mostly semua org mula terfikir apekah azam dan tekad utk tahun depan. ala tiap2 org pon akan tanam azam apabila muncul tahun baru. tapi adakah azam tu dpt dicapai apabila tahun tue berakhir? maybe kalau tak tercapai pon, mungkin hampir tercapai.hehe..bagaimana pulak dgn aku?ape azam baru thn nie?selalunye aku takde la fikir sgt soal azam apabila muncul thn baru. tp utk thn 2011 nie, aku nak tanam azam baru la. actually bukanla azam but more to TARGET/HAJAT/TEKAD/IMPIAN..hahah merepek dah..

Target thn 2011 (berjaya atau tidak,tgu hjg thn yer?hahaha):

  1. menjadi seorang hamba Allah yg patuh kepada perintahNya.Insya Allah.
  2. sambung master. aku terfikir nak sambung master thn depan, tp keputusan blm lg dibuat sbb tak tahu nak buat full time or part time)
  3. nak cari kerja yg lebih bagus dan yg boleh menjamin masa depan (skrg tak menjamin ke??hihi).
  4. Menguruskan badan...OMG badan aku dah makin membesar okay.takleh jadi ni..kena kuruskan badan jd cam dulu kala.hihi
  5. menjadi anak yg lebih bertanggungjawab terhadap kedua ibu bapa (selama nie bertanggungjawab jgk,kan dah mention tue LEBIH)
hmm..itu sj kot yang aku blh fikir utk waktu ni..hopefully dapatla capai target tu sebelum 2011 berakhir ( lagi 12 bulan..ekeke :P)

*agak2 kalau hajat nak jdi tunang org thn depan blh di capai ke? Encik Alonq, blh ke?hehe*

Wednesday, December 29, 2010

Tambun


masa 18/12 aritu, makcik aku,spupu2 aku from kelantan dtg umah..saje nak jalan2 before sekolah start..so my sis dah booked homestay kat tambun utk gi jalan2 makan angin..as usually every year (time cuti sekolah bulan 12) mmg sll family aku pegi bercuti..tak kisah la mana2..janji dapat release tension dan tenangkan fikiran..thn nie masa utk gi tambun. bukan ape, spupu aku tu ade anak kecik, so better pegi tempat yg boleh dia bersuka ria..aku pon tumpang bergembira skali la..hahaha

pagi sabtu tu,bertolak dr shah alam dalam kol 11 pg..siap2 breakfast kat umah dulu then baru start perjalanan.my mom n my auntie dah siap masak utk bawa bekal bila sampai kat sana nnt..bila sampai sana leh terus makan je...so ari tu pegi 2 buah kete,sume 12 org...otw pegi sblm sampai tambun, singgah dulu kat hentian rehat Tapah (masa utk beli buah jambu ^_^).rehat kejap,makan buah then sambung balik perjalanan. takde masalah sngt nak sampai ke tempat yg dituju sbb angah dah biasa. so dia yg jadi "tukang tnjk jalan".

sampai kat homestay tue lebih kurang kol 2 ptg. so cepat2 makan, then siap2 utk g Lost World of Tambun..excited gile dah budak2 kecik nie (aku pon sama) nak pegi sana..then kol 3 tue dah ade depan lost world tue..tapi dah ade je kat kaunter tiket tu, umi cakap :

"rugila kalau kita masuk skrg, nnt korang leh main kejap je sbb pukul 6 lost world tue tutup.nak cari tempat duduk pon ssh sbb ramai sgt org"

jadi kitorg ambil keputusan pegi lost world esoknye (hari ahad). balik semula ke homestay, budak2 nie mandi kat kolam renang tue je..hahaha


berbincang sebentar..hehe

aksi apekah ini??

Sabtu malam

Angah suggest gi makan kerang bakar kat Medan Gopeng..so kitorg follow je la cadangan dia kan.maklum la 4 thn kot dia dok perak (sbb study). area2 ipoh nie dia dah biasa. not bad la kerang bakar tu, tp aku makan 1 je.tak boleh nak makan byk2 sbb allergic.sedih betul..huhu after makan, kitorg gi Gerbang Malam..hahaha takle blah btl nama tmpt..tmpt tu ala2 uptown la..jual barang murah2.pegi sana tak lama pon, sbb semua penat dr pg tak rest kan. balik pon dah pukul 11 mlm. rest n tido, charge energy utk esok.




Ahad (pagi)

awal2 lagi dah bgn, breakfast n siap2 nak pegi lost world. semua excited. aku cam biasa la kan. pukul 930 pagi, kitorg dah terpacak kat lost world tu. kaunter tiket pon blm buka lagi.kol 10 baru dia buka..hahaha semangat gile ok nak masuk lost world. tak kisah pon kena tgu akak tiket tu. tgu punye tgu, at last kaunter tiket buka.ape lagi, serbu la..time tu dah ramai dah org yg datang.nasib baik dah tgu depan kaunter tiket. dah beli tiket, kena tgu pulak depan pintu masuk,lama jugak dia nak buka.bila dah buka, serbu la masuk nak cop tmpt..haha cepat2 letak bag then amik feel nak masuk air..lebih kurang kol 1 baru kitorg siap2 utk balik. jauh lg perjalanan..haha poyo je. otw balik singgah Tapah (tapah lagi.. :D) utk solat n makan. dalam kol 5 sampai umah..





Rest of the pics in FB..hehehe sgt malas nak upload byk2..


Wednesday, December 22, 2010

ptg yg sejuk

hampir sebulan tak update blog. takde perasaan nk update. byk benda yg nak kena pk. skrg nie pulak busy ngan TENDER..sabar jela Izzati..lgi 2 ari jer..so ape jer yg aku buat sepanjang aku diam membisu selama sebulan nie?

  1. keje..of course la..dr isnin sampai jumaat.
  2. hurmm baru2 nie aku ader pegi lost world of tambun..haha pegi ngan family, spupu sepapat sume ade..nnt aku cite kat entry yg lain ok..leh letak2 gambar.
  3. aku mengalami kepenatan dlm bulan 12 ni..aku pon heran.asal pukul 930 mlm jer mata aku nie nak terpejam dgn sendiri.so tak banyak la activity yg aku blh buat.ari minggu pon lepak umah jer..ngan En Alonq pon tak kuar..uwaaa sudah rindu..
  4. tgk cite DETECTIVE CONAN kat youtube..aku sgt minat ngan cite nie..komik pon aku beli. pasal conan pon nnt aku cite kat entry baru.
  5. layan cite CSI (vegas, miami n new york)
  6. haa..ade lagi satu series yg baru aku tgk,tue pon adik aku yg suggest..THE MENTALIST. okla jugak..tapi aku lebih suka tgk CSI compare to this series. :)
  7. byk lagi kalau nak list...MALAS
oklah...nk sambung wat keje...nnt2 aku update lg..byk sebenarnya nak cite kat blog ni..sume dah draft.tgu masa yg sesuai je..biasala kan..aku nie kalau dah ngadap cite fav aku, dah lupe nak update blog nie. (tetap nak update walaupon takde org yg nak baca) hihihi :D